Monday, 13 April 2015

UNISEL Alumni Connect

1. PENDAHULUAN
 
  Sebagai kumpulan stakeholders UNISEL yang penting, alumni UNISEL merupakan manifestasi kecemerlangan UNISEL. Mereka yang kini berkhidmat di pelbagai sektor samada di dalam negara atau antarabangsa telah menempa pengiktirafan masyarakat terhadap keberkesanan sistem pembelajaran UNISEL.

   Hubungan alumni yang positif dan berterusan berupaya membentuk "masyarakat UNISEL" yang progresif dan berdaya maju sesuai dengan moto UNISEL iaitu shaping society. Melalui program-program yang dirancang secara teliti dan dilaksanakan dengan berkesan, alumni dapat terus mendokong tinggi reputasi UNISEL di mata masyarakat.


2. VISI
 
 Menjadi peneraju di dalam membangunkan hubungan berfaedah di antara alumni dengan bakal graduan dan memperkukuhkan komitmen alumni terhadap UNISEL.


3. MISI

  Membuka peluang melalui pelbagai aktiviti kepada alumni untuk menyumbang kepada kemajuan UNISEL dan memperkukuhkan hubungan di antara sesama alumni dan dengan bakal graduan untuk mempertingkatkan kerjaya dan taraf kehidupan mereka.


4. MATLAMAT

  Membentuk kerjasama berfaedah alumni dengan UNISEL dan alumni dengan bakal graduan yang akan meningkatkan lagi reputasi UNISEL di mata masyarakat seluruh Malaysia dan seluruh dunia amnya.


5. NILAI-NILAI TERAS
  • Menjaga imej UNISEL
  • Menghormati kepelbagaian serta perbezaan pandangan ahli dan menolak diskriminasi dan prejudis.
  • Menerapkan nilai-nilai moral dan etika yang baik
  • Menggalakkan pembangunan diri dan masyarakat
  • Keanggotaan yang menyeluruh



6. PERANAN ALUMNI ASSOCIATION
  • Bertindak sebagai penyokong dan duta kepada UNISEL
  • Membina dan mengekalkan hubungan erat di antara sesama alumni, bakal graduan dan UNISEL serta mengambil bahagian dalam aktiviti / program anjurannya
  • Menjayakan matlamat jaringan UniselAlumniCONNECT 
  • Mewakili dalam konvokesyen dan menyumbang Anugerah Pelajar Cemerlang
  • Membantu perekrutan pelajar baru
  • Menyumbang idea, masa, usaha, kepakaran, kewangan dan sumber-sumber lain kepada UNISEL
  • Memberi panduan kerjaya dan mentorship kepada graduan muda dan bakal graduan UNISEL yang memerlukan 
  • Membantu Pusat Alumni mengemaskini data yang dikemaskini bagi pengurusan rekod database alumni dan menyediakan akses dan perkhidmatan kepada pengguna UNISEL yang berkaitan
  • Merangka pelan untuk aktiviti / program untuk mempertingkatkan bilangan ahli dengan tujuan yang berfaedah
  • Menyampaikan maklumat kepada alumni dan rakan-rakan berkaitan dengan UNISEL dan Alumni Association 



7. FAEDAH MENYERTAI ALUMNI ASSOCIATION
  • Memperolehi kad keahlian yang boleh digunakan sebagai kad touch & go sekaligus
  • Mengakses secara percuma e-databases perpustakaan UNISEL
  • Mengakses kepada direktori masyarakat yang lebih luas samada dalam kampus atau luar kampus melalui jaringan-jaringan Malaysian Regional Networks (MRN), International Regional Networks (IRN) dan Shared Interest Networks (SIN)
  • Jemputan untuk menghadiri reunion dan program anjuran alumni 
  • Menjejak sahabat lama di kalangan alumni
  • Peluang untuk membina kerjaya dan jaringan profesional melalui UniselAlumniCONNECT
  • Berpeluang untuk mendapat manfaat dengan memberi sumbangan kepada alma mater
  • Mendapat faedah-faedah lain seperti menggunakan premis UNISEL, diskaun meneruskan pengajian di UNISEL dan lain-lain (tertakluk kepada kelulusan Pengurusan Tertinggi UNISEL)
  • Mendapat laporan dan berita perkembangan yang nyata sah daripada pihak UNISEL



8. PELAN AKTIVITI 2015
  • Soal selidik google form
  • Komunikasi melalui media sosial
  • Menjejaki alumni yang berjaya
  • Menjayakan 3 Jaringan UniselAlumniCONNECT 
  • Mengadakan pertemuan Jawatankuasa Penaja UNISEL dengan TNC HEP bagi menjayakan penubuhan UNISEL Alumni Association yang berdaftar (Mei 2015)
  • Menganjurkan Leadership Lecture serta perasmian penubuhan Unisel Alumni Association (Ogos 2015)
  • Bekerjasama dengan Perpustakaan UNISEL bagi menerbitkan Coffeebook Alumni Unisel Cemerlang (September 2015)
  • Mengganjurkan penajaan alumni bagi Anugerah Pelajar Cemerlang di Konvokesyen Unisel pada November 2015
  • Mewujudkan "Wall of Fame"
  • Menerbitkan Buletin Maya
  • Membina beberapa Wall of Fame/Alumni di UNISEL
  • Menjemput alumni memberikan ceramah/bimbingan kepada pelajar
  • Mendapatkan sokongan alumni untuk mengisi tabung kebajikan/endowment 
  • Memaklumkan peluang-peluang kerjaya kepada alumni dan bakal alumni Unisel



No comments:

Post a Comment