Wednesday, 1 April 2015
PROF MADYA DR SHAHARUDDIN DILANTIK TNC HEP BAHARU UNISEL
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL yang baharu berkuatkuasa hari ini (1 April). Dengan pengalaman 20 tahun di dalam bidang pendidikan, perlantikan ini sememangnya keputusan yang cukup tepat.
Prof Matya Dr Shahruddin mula berkhidmat di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1985. Jawatan terakhir disandangnya adalah sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.
Anak kelahiran Tanjong Karang, Selangor ini mempunyai kepakaran di dalam bidang politik dalam dan luar negara. Beliau yang sudah mula bertugas hari ini akan memastikan hal ehwal pelajar terutamanya kebajikan pelajar dapat dijaga dengan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment