Friday, 23 January 2015

Selamat Datang ke Pusat Alumni Universiti Selangor (UNISEL)


Alamat : Pusat Alumni, Tingkat Bawah, Blok C, Universiti Selangor (UNISEL), 
Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor


Sebagai kumpulan stakeholders UNISEL yang penting, alumni UNISEL merupakan manifestasi kecemerlangan UNISEL. Mereka yang kini berkhidmat di pelbagai sektor sama ada di dalam negara atau antarabangsa telah menempa pengiktirafan masyarakat terhadap keberkesanan sistem pembelajaran UNISEL.


Hubungan alumni yang positif dan berterusan berupaya membentuk masyarakat yang progresif dan berdaya maju sesuai dengan motto UNISEL iaitu shaping society. Melalui program-program yang dirancang secara teliti dan dilaksanakan dengan berkesan, alumni dapat terus mendokong tinggi reputasi UNISEL di mata masyarakat.


Visi
Menjadi peneraju dalam membangunkan hubungan berfaedah diantara alumni dengan bakal graduan dan memperkukuhkan komitmen alumni terhadap UNISEL.

Misi
Membuka peluang melalui pelbagai aktiviti kepada alumni untuk menyumbang kepada kemajuan UNISEL dan memperkukuhkan hubungan di antara sesama alumni dan dengan bakal graduan untuk mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup mereka.

Matlamat
Membentuk kerjasama berfaedah di antara alumni dengan UNISEL dan alumni dengan bakal graduan yang akan meningkatkan lagi reputasi UNISEL di mata masyarakat di seluruh Malaysia dan seluruh dunia amnya.




No comments:

Post a Comment