Tuesday, 17 February 2015
Bagai Sireh Pulang ke Ganggang #1
Salah seorang alumni Unisel yang masih berhubung dan menyumbang kepada Unisel.
Saudara Muhammad Faiz bin Zulkifli pernah menjadi pelajar di Unisel semenjak tahun 2009 (Foundation in Science) dan bergraduat pada tahun 2013 dalam jurusan Bachelor of Medical Laboratory Science (hon) dari Fakulti Biomedik dan Sains Kesihatan. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa- Master Degree di Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam.
Beliau juga merupakan aktivis kampus semasa belajar di Unisel. Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden bagi Biomedic Student Association (Biomesta), sport and recreation bureau untuk Persatuan Pembangunan Insan dan fasilitator Minggu Tekad Siswa (MTS)
Saudara Elfiandri bin Eldafri merupakan alumni Unisel daripada Fakulti Komunikasi dan Media, mengambil jurusan Diploma Komunikasi dan Media daripada tahun 2009 dan telah bergraduat pada tahun 2011.
Merupakan seorang aktivis kampus dan telah menjadi fasilitator Minggu Tekad Siswa (MTS) sejak tahun 2010 lagi.
Kini beliau berkhidmat sebagai technician di Bumi Engineering.
Menanti lebih ramai alumni Unisel yang telah berjaya untuk terus bersama-sama #uniselalumniconnect #letstayconnected
Subscribe to:
Posts (Atom)